Photoshoot Ayip...

Bergambar sakan ye...kerja sekolah belum siap lagi ni, gigih nak bergambar kat Taman Bandar. Apa-apa pun kepada ayip jangan malas belajar, menari cantik-cantik dan harap dapat cemerlang PMR tahun ni ye.Pastu sambung belajar kat University. Tonjolkan bakat yang ada. Sukan bola sepak tu jangan sekerat jalan je, kalau dah minat buat sungguh-sungguh. Abang min doakan ayip berjaya dalam apa jua ayip impikan jangan sia-siakan harapan Ummi ngan Abah ye.







Kursus / Bengkel Pemantapan Jurulatih Seni Budaya Negara@ D'Rhu Beach Resort Kuantan

Assalamualaikum...Buat semua Jurulatih Seni Budaya Negara Negeri Pahang tahniah kepada semua yang hadir kerana telah pun berjaya menyempurnakan Bengel Pemantapan JSBN Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di D' Rhu Beach Resort Kuantan.Bengkel ini bertujuan bagi memantapkan lagi jurulatih terhadap modul-modul yang telah diberikan pada kursus JSBN yang telah semua hadir sebelum ini untuk mencapai 'Perstandartdan' bak kata Encik Zain Pengarah PBSB dari Kementerian pada Majlis Penutup Petang tadi. Sepanjang kursus ini juga terdapat ramai jurulatih bertauliah yang terlalu komited kepada minat masig-masing terhadap seni yang mereka pilih.Lihat saja kebolehan jurulatih ini kerana telah memberi idea dan Kelainan pada Majlis Penutup dan membuatkan pena berasa bangga menjadi salah seorang Jurulatih bertauliah.Disini juga pena letakkan beberapa gambar untuk tatapan semua. Sekian

Sambutan hari TUDM Ke-50 di Sarawak (cerita lama)

Tak tau nak post apa lagi...tapi nak kongsi jugak gambar-gambar ni...masa ni gabungan GMP dan BKTU untuk menjayakan Program TUDM kat Sarawak.

Teringat Kisah Lama.......

Pagi ni teringat plak kawan-kawan lama pena. Dekat sini pena nak kongsi sedik pengalaman dan kenangan pena pada suatu masa dulu...beberapa gambar untuk tatapan ramai.

Nilah fiza...comel kan? masa ni kursus Jurulatih Seni Budaya Negara dekat Muar.
Naha tido kat surau GMP
Nurul (Badan Kesenian Tentera Udara)
Mira (Badan Kesenian Tentera Udara)
Connie (Badan Kesenian Tenteta Udara)
Pena Dan Ann (Badan Kesenian Tentera Udara)
Pena, Sofie, Faiz dan Sani Kat teluk Chempedak After trainning
Semasa Sambutan Hari Lahir Pena
Kiri Atas
Cikgu Lolo, Cikgu Leman, Pena,Hilman,Safuan
Kiri Bawah Sani,Naha,Lisa,Mujie,hilmi dan Faiz

TESTING!! TESTING!!

Selepas saja membeli kamera nikon D 90 mestilah mencubanya..betul tak?jadi keesokan harinya Pena, ekiey,Harry, Kaz ngan Zul pergi KLCC dan terus naik Skybridge memang seronok sangat dan terima kasih juga diucapkan kepada ekiey kerana telah menempah tiket untuk kami semua dan menjemput beberapa orang photographer untuk mendapatkan sikit sebanyak ilmu mengenai photography.so kepada pengikut Pena inilah hasilnya gambar-gambar dari pena....masih tidak berbakat lagi.


Camera Nikon D 90

Assalamualaikum....

Pada bulan januari lalu pena telah membeli camera Nikon D 90 yang telah lama pena idamkan. Tetapi pena bukan beli semata-mata untuk suka-suka.Pena ingin mencuburi bidang photography pula. Kini Pena masih dalam proses pemberlajaran dalam bidang ini. Tetapi amat menyedihkan Pena terpaksa belajar sendiri dan juga selalu bertanya pada kawan-kawan teknik dan sudut yang menarik dalam shootting Picture. Pena masih baru dalam ini, akan tetapi pena telah pun di pilih oleh beberapa klien untuk mengambil gambar mereka pada majlis perkahwinan mahupun majlis2 rasmi. Dari sudut Editing pula pena telah pun belajar sebelum pena membeli kamera tersebut. Inilah Kamera Pena...
NIKON D 90

ofis baru

Maaf kepada semua pengikut pena...pena terlalu sibuk hingga tiada masa lagi untuk menulis di halaman pena antik ku..tetapi apa pun kini pena telah kembali semula untuk tatapan pengikut pena semua....pada tahun ini pena telah bertukar ke pejabat baru berdekatan dengan East Cost Mall iaitu di Jalan Kuantan Square. Selama beberapa bulan dahulu pena ditugaskan membantu Pengarah Negeri bagi mengubahsuai Permis baru ini. Pena ditugaskan membuat servey untuk memilih cat yang sesuai, tile, karpet dan macam-macam meterial untuk pembinaan permis pejabat LPPKN Ini. termasuk perabut2 jati, sofa dan Workstation. Sehinggakan Pena sendiri terpaksa menunggu sampai malam bagi memastikan kontraktor bersama pekerjanya menghabiskan kerja-kerja pengubahsuaian. Bukan bermaksud Pengarah Negeri ingin melepaskan tanggungjawab beliau terhadap Pena. pena sendiri harus faham kerja-kerja sebegini tidak termampu dilakukan seorang diri tanpa pembantu dan pula pada ketika itu pegawai Tadbir telah pun bertukar ke Ibupejabat di Kuala Lumpur. Dan juga terima kasih kepada rakan sekerja kerana turut membantu pena dalam hal ini. Ini ada beberapa gambar ofis pena....

Workstation Tingkat 1


bilik kaunseling
kaunter Pertanyaan
Pantry
Bilik Pegawai Psikologi
Bilik Mesyuarat a.k.a bilik program
Workstation Tingkat 2
Workstation tingkat 2


About this blog

Pengikut

Mengenai Saya

Foto saya
Kuantan, Pahang, Malaysia
Not much...simple guys only, humble person,and funny

Tinggal pesan


ShoutMix chat widget