
Gambar2 lama.....
Gambar adik beradik semasa berada di beserah. Kat sana rumah kami dekat sangat dengan pantai. Tiap-tiap bulan mengambang kami akan bukakan tingkap. Dengan cahaya terang dan angin pantai yang segar kami lena dengan bunyian ombak di pantai.
Baju biru itu Abang tiri yang sulung namanya Eddie Suhardi bin Ahmad yang baju putih itu yang kedua Azlan Irwady bin Amad yang baju sama tu kakak angkat pena kayron nisa dan Rosyamsiati (mimi). Yang tengah sekali tu adalah pena, nakal dan manja skali ngan abang ngan kakak.Kami susah nak gaduh asyik gelak je...cuma selalu berebut kerusi tu apabila drama full house ditayangkan.

Gambar ni plak biasalah zaman dulu-dulu nak bergaya kena pergi kedai photo amik gambar dalam studio.Masa ni kakak sekolah rendah lagi mak pulak cikgu di Sekolah Rendah teruntum pastu 1974 bertukar pulak ke Sekolah Rendah Beserah sampai pencen 1994.

Pada 1994 plak Wan pena meninggal ada kisah disebaliknya, nak cerita skit. Masa tu Pena darjah 4 budak nakal katakan. Malam tu kena marah ngan Wan sebab Wan ingat pena yang main ubat atau sorok.Puas wan cari tak jumpa,teringat katanya "matilah aku esok kalau tak makan ubat ni" Pena pun puas mencari ubat Wan, biasa wan letak atas coffee table,tak pernah orang usik. Hari dah lewat Wan pun redha terus masuk tidur.Pagi tu Wan meragam nak tido dalam bilik air sakit perut senang nak buang air katanya. Mak kata takpelah nanti angkat masuk toilet kalau nak buang air. Wan enggan lalu mak turutkan kata wan nak tidur dalam bilik air, tiba-tiba Wan sakit tenat sangat tak tau kenapa. Mak bukakkan semua lampu dalam rumah dan tiba-tiba diatas coffee table tu ada plastik merah penuh dengan ubat Wan. Mak pada masa tu dengan berlinangan air mata berlari kasi wan makan ubat itu.Tetapi Wan dah terlalu nazak ubat dah tak dapat lagi bantu wan. Kemudian, pada pagi itu mak memaksa pena pergi kerumah pakcik kat bawah bukit agak jauh rumahnya hanya membekalkan lampu suluh pena memberanikan diri untuk kerumah pakcik pena.Perasaan takut yang tak terhingga pena tepikan, yang penting pena mesti sampaikan pesanan mak. Akhirnya pena sampai, tanpa melengahakan masa pena bagitahu bahawa wan dah nazak budak kecik darjah 4 terus terang je.Pakcik pena menjerit Makkkkk!!!!, pena tak dapat menahan rasa sedih, pena pun meraung menangis sama. Kemudian Pakcik Pena mencapai Motosikal tinggal kan pena sorang diri. Terpaksalah pena pulang sendirian berlawan pena dengan rasa takut lagi...semenjak itu pena menjadi berani dengan suasana gelap. Kerana merasakan gelap tak memberikan satu faktor untuk takut bagi pena.
Rindu kat wan.....