bermulanya di sini.....


Assalamualaikum.....

Pena dengan berbesar hati ingin berkongsi sedikit cerita dan kenangan pena selama pena dilahirkan dan membesar sampai ke hari ini. Di ruang ini jugalah Pena dapat luahkan rasa dan perasaan Pena yang Pena lalui selama ini...

Sedikit mengenai Pena....

Pena dilahirkan di alamat 38/84 Kampung Rumbia, Beserah Kuantan pada 26 Oktober 1984 dimana Pena dibesarkan disitu sehingga Pena berumur 13 tahun dimana Pena dijaga oleh Mak Angkat Pena Siti Hawa Binti Imam Pendek bersama kakak-kakak angkat Pena, Kayron Nisa binti Ibrahim dan Rosyamsiati binti Samsudin.Nama pena Muhammad Muhaimin bin Salam diberikan oleh pakcik pena. Empat tahun kemudian adik pena pula dilahirkan namanya Nurul Syuhada binti Salam . Mak sudah tak sabar lagi ingin berpindah kerumah sendiri biarpun ketika itu hanya yang mampu adalah memiliki tanah sekangkang kera dan sebuah pondok usang. kami semua sedikit pun tidak rasa malu dan hina ketika kami semua tinggal disana. Mak pula berhajat ingin menunaikan umrah dan seterusnya menunaikan haji di Mekkah. Oleh kerana itu kami kami terpaksalah lebih bersabar kerana kemuahuan Mak. Dengan restu ilahi akhirnya kami diberikan hidup yang lebih selesa apabila rezeki melimpah ruah. Tapi kami tidak terlatah....turut membantu saudara mara yang selama ini hidup susah, berikan belanja persekolahan, mak ambil lagi seorang anak angkat menjaga sehingga berjaya kerana ingin meringankan beban belanja pakcik saudara yang hanya tinggal dirumah buluh sahaja. Kemudian mak telah bina rumah yang selesa untuk mereka. Bertapa mulianya hati mak sehinggalah kurasakan tiada apa yang dapat membalas jasa mak. Tak sangup kecilkan hati mak pena kerana hati budinya itu. Biarlah ku pergi dahulu rasanya kerana tak sanggup melihat kehilangannya.

bersambung...

3 ulasan:

Aladdin a.k.a. Gustiadipati 14 September 2009 pada 1:44 PG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama 16 September 2009 pada 8:32 PG  

perhhh. simple n menarik.... oooo elak pic aku... (SHY)

Tanpa Nama 18 September 2009 pada 4:52 PG  

boleh masuk dlm buku sejarah sekolh... hhuhuhuh..btw Best of luck to members of LIBRA........3/10/1984...alienbaik

Catat Ulasan

About this blog

Pengikut

Mengenai Saya

Foto saya
Kuantan, Pahang, Malaysia
Not much...simple guys only, humble person,and funny

Tinggal pesan


ShoutMix chat widget