
Inilah gambar adik Pena, maaflah pena kerana Nurul takde gambar semasa dia kecil. Gambar ini kenangan terakhir Nurul bersama Pena di Malaysia. Sekarang Nurul belajar di West Autralia University kat Perth baru first year kat sana ambil jurusan perubatan. Harap Nurul belajar bersungguh-sungguh bagi merealisasikan impian Nurul menjadi seorang Pakar Forensik kelak.Doa sentiasa mengiringi nurul agar beroleh keberkatan dan berada dalam kesejahteraan walau berada jauh dimata keluarga tercinta. Ketiadaan nurul kat rumah membuatkan rasa sunyi, Perasaan rindu lebih terasa kini setelah hampir sebulan menyambut ramadhan.

Lebih-lebih lagi kini tinggal beberapa hari lagi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dimana tahun ni semua saudara mara akan beraya rumah mak.Kemeriahan tidak dapat dirasa kerana ketiadaan Nurul pada hari raya nanti. Akan tetapi di era ini kemudahan webcam Chat memudahkan kami berhubung. Insaallah di pagi raya nanti kami akan webcam bersama nurul untuk bermaaf-maafan bersama saudara-saudara lain.Lebih-lebih lagi bermaafan bersama Mak dan Ibu serta adik-beradik.Menurut kata nurul, dia akan balik bulan november nanti dan terus menyambut Hari Raya Aidiladha bersama. Terakhir dari Pena....selamat pulang ke tanah air.
0 ulasan:
Catat Ulasan